"BERSAMA CIKGU"

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU TANPA SEMPADAN

12 Desember 2009

CONTOH TUGASAN :PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

1 PENGENALAN

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Walaubagaimanapun,keselamatan murid-murid semasa datang ke sekolah,semasa di sekolah dan semasa pulang dari sekolah adalah menjadi tanggungjawab bersama antara sekolah,ibubapa dan masyarakat amnya.Jika terjadi sesuatu kejadian kepada murid-murid ketika datang atau pulang dari sekolah ataupun semasa di sekolah adalah perlu dipertanggungjawabkan kepada semua pihak,walaupun dari segi undang-undang pihak sekolah sebenarnya tidak lagi bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid yang berlaku sebelum dan selepas waktu persekolahan.Namun secara umumnya tanggungjawab menjaga keselamatan murid-murid ini haruslah digalas dan diawasi bersama antara sekolah,ibubapa dan masyarakat sekeliling.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu modul yang bertajuk Konsep dan Manual untuk membantu pengetua dan guru besar sekolah menyediakan program ciri-ciri sekolah selamat. Sekolah selamat adalah persekitaran sekolah yang selamat di mana warga di sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam dan juga luar.
Murphy et al. (1985), menyatakan bahawa sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran. Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebas daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda mereka di sekolah. Adalah disarankan supaya dengan menfokuskan kepada penyertaan sosial, sekolah boleh memainkan peranan yang penting bagi mencegah tingkah laku anti sosial dan kewujudan kumpulan samseng di sekolah. Sekolah seharusnya mengambil usaha untuk meningkatkan pengalaman pendidikan yang positif di kalangan para remaja dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti perkaitan sosial yang positif.
Blau dan Scot (1952) berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat.
1.1 Tafsiran Keselamatan
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan.
Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah.

2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KEMALANGAN
Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.
Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Kesemua ini bolehlah dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian.
2.1 Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.
2.1.1 Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain.
2.1.2 Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikitpun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi.
2.1.3 Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan.
2.1.4 Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya.

3 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
3.1 Penglibatan Warga Sekolah
· Pentadbir dan guru bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
· Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal apa jua masalah yang akan timbul
· Kehadiran guru di setiap kawasan tempat dan bilik khas.
· Warga sekolah di minta membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah semasa dan selepas sekolah.
· Warga sekolah digalakkan mengawasi dan makan di kantin sekolah
· Guru diminta berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti sekolah
· Warga sekolah perlu memantau tandas, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan persekitaran sekolah sepanjang masa.
· Guru perlu membantu pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan
· Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan
· Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap kesedaran dan keselamatan di sekolah.
· Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan.
3.2 Latihan dalam perkhidmatan
Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah selamat. Sekolah diminta memberikan pertimbangan masa dan sumber dalam melaksanakan latihan ini. Antara tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan latihan adalah plan menangani krisis, kesedaran terhadap pencegahan dadah, gangterism, senjata berbahaya, penglibatan warga sekolah dalam menghadapi penyelesaian konflik, mengurangkan tingkahlaku ganas dan pembimbing rakan sebaya. Warga sekolah juga bertanggungjawab mengelak, mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.
Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk warga sekolah untuk memastikan supaya tidak berlaku keganasan di sekolah
Melibatkan orang awam, pegawai penguatkuasa, kesihatan, bomba dan agensi-agensi kecemasan dalam latihan di sekolah tersebut
Mengekalkan kesedaran secara berterusan kepada warga sekolah dalam memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi sebelum dan selepas krisis.
Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah sekolah selamat
Mengadakan latihan untuk memastikan keberkesanan tindakan plan krisis sekolah dilaksanakan
Warga sekolah ini menunjukkan komitmen dan kefahaman yang bersesuaian terhadap perkara-perkara berikut :
Kehadiran pelawat
Penyalahgunaan bahan
Penculikan
Penggunaan senjata
Pelajar bermasalah
Gangguan fizikal/seksual
Kewujudan gangster
Hak dan tanggungjawab sekolah
Kehadiran warga sekolah
Pemberitahuan maklumat
Menangani masalah penceroboh
Laporan kejadian
Vadalisme
Akta-Akta Jenayah
Pemeriksaan mengejut

3.3 Kerjasama pihak luar
Perkongsian sekolah pintar sekolah dan komuniti menerangkan keberkesanan dalam komuniti, kerjasama dan penglibatan antara sekolah dan badan-badan sosial dalam usaha mencegah contohnya program mencegah keganasan, pengkuatkuasaan undang-undang, agensi kecemasan, bomba dan agensi belia untuk meningkatkan keselamatan sekolah.
Melibatkan pengkuatkuasaan undang-undang di kalangan ahli-ahli dalam sekolah dan perkembangan plan krisis dan tindak balasnya
Koordinasi pelan kecemasan antara agensi – polis, bomba, perubatan,
Tindak balas segera dan pengawasan yang tepat
Melibatkan penguatkuasa undang-undang dan berkongsi sama merangka kurikulum dan arahan , aktiviti pencegahan dan latihan dalam perkhidmatan.
ü Adakan program “Katakan Tidak”.
ü Adakan program “Cuma Lima Minit Anti Dadah”.
ü Adakan program “PINTAR”.
ü Adakan program “SEJADAH”.
Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.
Melaksanakaan plan tindakan mengatasi ponteng secara menyeluruh
Menaja atau melibatkan diri dalam program pencegahan jenayah
Melibatkan diri dalam program sedia ada dengan pihak polis
Memberikan plan sekolah kepada pihak polis
Memastikan warga sekolah dan polis memahami peraturan masing-masing apabila polis dipanggil kesekolah

3.4 Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolah boleh menubuhan kelab pencegahan jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.
Tujuan :
1.Program ke arah meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah
2.Berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melapurkan situasi yang tidak menyenangkan
Tindakan :
1.Menubuhkan Kelab-kelab ;
ü Menjalankan aktiviti penerangan melalui poster, video dan kempen anti vandelism .
ü Mengadakan tayangan filem dan pengedaran maklumat.
ü Berusaha untuk mengawal kelakuan curang (kurang jujur)
ü Membantu sekolah dalam penyeliaan aktiviti.
2.Mengadakan program pencegahan jenayah
3.Mengenalpasti paraturan yang tidak tidak jelas dalam menangani masalah yang akan terjadi.
4.Melatih pelajar membantu pemantauan kawasan sekolah .
5.Warga sekolah menyokong dan menghargai program-program keselamatan dan berkaitan dengan pencegahan dadah yang ditaja oleh pelbagai pihak.
6.Mempunyai prosedur tertentu apabila menerima sesuatu maklumat/tanda-tanda awal.

3.5 Kawalan keselamatan
Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya peerancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.
1.Semua warga sekolah, jabatan, unit, pelajar dan ibubapa sedar akan perlunya kawalan keselamatan
2.Semua warga sekolah perlu tahu mengambil tindakan selanjutnya
3.Pengawal keselamatan dan individu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlaku.
4.Menyediakan Poster, buletin mengenai tatacara pelawat masuk ke kawasan sekolah
5.Pengenalan melalui pas pelawat melalui tanda nama dan uniform`
6.Kawalan kemasukkan ke sekolah dikawal melalui pengenalan diri
7.Menyediakan Sistem komunikasi contohnya sistem interkom dan litar tertutup

3.6 Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat. Contoh perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela contonya rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling, belajar berkenaan akibat tingkah laku keganasan di sekolah.
1.Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan, dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka
2.Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar
3.Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat
4.Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah



3.7 Pegawai Personal
Pegawai Personal ialah seorang yang ditugaskan bertanggungjawab untuk memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat wujud. Personalia tersebut mungkin seorang pengawal keselamatan, pentadbir sekolah atau seorang guru yang ditugaskan untuk melaksanaan peranan ini.
1. Pegawai keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam semua program sekolah
2. Pegawai yang dilantik merupakan seorang yang faham berhubung dengan tanggungjawab keselamatan pelajar ibu bapa.
3. Personal keselamatan bertanggungjawab menjalankan kawalan keselamatan mengawal, menyelia termasuk juga tanggungjawab mengurus krisis
4. Personal keselamatan mengadakan hubungan baik agensi dengan pengkuakuasa undang-undang tempatan, pegawai undang-undang dan pelajar .
5. Personal keselamatan dilibatkan dalam jawatankuasa sekolah selamat dan latihan dalam perkhidmatan
6. Personal keselamatan menerima latihan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi
7. Personal keselamatan adalah merupakan sebahagian daripada keluarga yang merangkumi warga sekolah dan ibu bapa




3.8 Penilaian
Penilaian / Instrumen ini boleh digunakan oleh semua pihak untuk untuk menilai tahap pelaksanaan Program Sekolah Selamat di semua sekolah dan membuat cadangan dan membantu pihak sekolah untuk
· menentukan tahap persediaan membenteras jenayah,
· menganalisa potensi berlakunya masalah,
· mengenalpasti dan menentukan kaedah intervensi dan pencegahan,
· mengurus dan respon kepada krisis apabila ia berlaku, dan
· menyediakan maklumat asas untuk membina pelan sekolah selamat.
Maklumat hasil dari analisa Penilaian / Instrumen ini akan membantu menyediakan proses yang sistematik untuk mengkaji semula dan membina prosidur Sekolah Selamat.
Di samping itu maklumat ini juga boleh digunakan sebagai rujukan dan bahan untuk program latihan dalam perkhidmatan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dengan Program Sekolah Selamat.
3.8.1 Format Penilaian / Instrumen
Penilaian / Instrumen yang dibina adalah dalam bentuk yang memerlukan respon kepada masalah, keperluan dan intervensi yang mana setiap pernyataan
· diberi definisi
· diberi ciri-ciri yang merujuk kepada sekolah selamat
· memerlukan respon jenis kuantitatif dan juga penilaian verbal untuk menentukan sesuatu masalah
· menyediakan sumber kepada maklumat lanjut
Perlu ditegaskan bahawa semua respon terhadap Penilaian / Instrumen ini hendaklah diperolehi secara sukarela tanpa menimbulkan sebarang kesangsian di pihak responden.

3.9 Jawatankuasa
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.
Jawatankuasa yang berfungsi dan tanggungjawabnya sama seperti yang dinyatakan dalam polisi sekolah.
Ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil-wakil ibu bapa, guru, polis, JKKK, bomba dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang releven.
Jawatankuasa kerap mengadakan perjumpaan untuk membincangkan masalah, keperluan, program dan tanggungjawab untuk keselamatan sekolah.
Jawatankuasa mempunyai hubungan yang rapat dengan murid.
Jawatankuasa mempunya kredibiliti yang baik di kalangan masyarakat sekitar sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan.
Jawatankuasa menjalankan dan mengambil bahagian dalam latihan keselamatan di sekolah.
Jawatankuasa mengadakan pemanatauan keselamatan secara berterusan.


3.10 Tindakan Pentadbir
Mengenalpasti tempat ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak mereka.
Menyediakan satu pelan yang jelas dan ringkas kepada semua kakitangan.
Pelan tersebut merangkumi aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar sekolah.
Menyatupadukan perkhidmatan satu pasukan pengurusan krisis yang terdiri daripada Ketua bidang dan staf ( terutamanya kakitangan pejabat dan pekerja am ) yang kedua- duanya berfungsi sebagai satu kumpulan penasihat sebelum dan semasa krisis dan juga sebagai satu pasukan pengurusan.
Mengenalpasti individu yang terlatih dalam CPR dan pertolongan cemas serta bilik pertolongan cemas.
Pastikan orang-orang yang berkenaan melibatkan diri dan prihatin terhadap perkembangan pelan tindakan serta bertanggugjawab dalam perlaksanaan pelan-pelan tersebut.

3.11 Karenah Media Massa
Kesulitan pihak sekolah menghadapi pihak media akan lebih ketara apabila terdapat percanggahan yang timbul, manakala pengurus sekolah mempunyai tanggungjawab untuk membela pelajar, suasana pembelajaran, imej sekolah serta kakitangannya, terutama mangsa dan mereka yang disyaki. Sekiranya tidak ditangani sebaik mungkin akan menyebabkan percanggahan keputusan, yang boleh menimbulkan keretakan hubungan pihak media dan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah atau wakil untuk menjalin hubungan yang kondusif dengan media.
· Lantik seorang penyelaras media yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur sidang akhbar.
· Kordinator media menyediakan prosedur-prosedur untuk sekolah/ pihak media termasuklah menetapkan tempat temubual dan syarat-syarat temubual kepada pelajar, staf, masa dan tempat peralatan pihak media.
· Kordinator media mempastikan kemudahan sekolah dalam keadaan selamat dan melindungi pelajar dan staf daripada gangguan wartawan dan juru kamera.
· Mempunyai satu polisi yang melarang penyiaran nama-nama mangsa atau individu yang dituduh sebelum diberitahu kepada ibu bapa dan diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
· Kordinator menghargai kehendak dan peranan pihak media; cuba memenuhi kehendak mereka; dan dengan spontan, konsisten dan bersikap adil dengan pihak media.

4 KESAN-KESAN POSITIF

Adalah diharapkan bahawa projek ini akan membolehkan para pelajar,warga sekolah dan masyarakat memahami serta mengenal pasti langkah-langkahkeselamatan yang patut diambil serta dapat mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang peri-pentingnya menjaga keselamatan diri terutama ketika berada di luar rumah.Projek ini ini juga diharap dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan dan melaksanakan program keselamatan pelajar serta langkah-langkah pencegahan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

Selain itu, projek ini akan boleh dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merangka program bagi menangani masalah keselamatan pelajar semasa di sekolah ataupun semasa menunggu kedatangan ibubapa mereka.
Di samping itu penglibatan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak luar seperti Polis dapat membantu pihak sekolah mencegah dan menangani masalah kemalangan yang berlaku.

Kenyataan ini disokong oleh kajian Banks dan Stephanie (2000), yang mendapati bahawa pihak sekolah berjaya membentuk persekitaran yang selamat dengan menyediakan program-program serta polisi-polisi yang positif melalui kerjasama yang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebalakangan ini. Kami percaya bahawa segala perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan kamil.
Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi mempastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang selamat.
4.1 Tindakan positif oleh pihak sekolah:
2.1 Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selamat.
2.2 Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih.
2.3 Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup, setor sukan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari.
2.4 Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia.
2.5 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran.
2.6 Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal.
2.7 Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah.
2.8 Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. (Dicadangkan jawatankuasa dipengerusikan oleh GPK(HEM) dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru kanan yang menjalankan pelbagai aktiviti sekolah. Elok jika ada seorang ahli PIBG dan GB/Pengetua berfungsi sebagai penasihat).








Penutup
Melalui cadangan yang disusun ini,diharapkan warga sekolah dapat melaksanakan Program Sekolah Selamat secara bersistem dan berhemah bagi memastikan matlamat yang dirancang dapat dicapai dengan berkesan.Cadangan ini juga diharap dapat membantu pihak sekolah dalam merancang pelaksanaan program keselamatan sekolah pada masa-masa akan datang.
Disamping itu pihak sekolah juga diharapkan dapat meningkatkan tahap sosial dan permuafakatan antara warga sekolah,ibubapa,jabatan-jabatan terbabit dan masyarakat umumnya.
Cadangan ini juga dapat membantu para pelajar dalam menangani masalah keselamatan disekolah dan di luar rumah.Diharapkan cadangan ini dapat menjadi panduan dan tunjuk arah kepada mereka dalam menghadapi situasi atau kemalangan yang mungkin berlaku.Aktiviti-aktiviti yang disusun dan dilaksanakan oleh pihak sekolah juga dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penjagaan keselamatan diri di luar rumah.Ini secara tidak lansung dapat meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar-pelajar itu sendiri.













Rujukan


Konsep Dan Manual Sekolah Selamat, Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah,

Komuniti dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak, Kementerian Pelajaran

Malaysia


Pelan Tindakan Program Peningkatan Sekolah 2004 Sekolah Kebangsaan Yamtuan
Hitam 71500 Tg.Ipoh, N.Sembilan


www.penerbit.utm.my/onlinejournal/43/E/JTDIS43E5.pdf


"http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Sekolah_Selamat

www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6948.html - 19k - Cached

Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda