"BERSAMA CIKGU"

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU TANPA SEMPADAN

12 Desember 2009

STRESS DAN PERINGKATNYA

1 PENGENALAN

Stress berasal dari perkataan latin iaitu stringere (stictus) yang bermaksud menarik atau mengikat dengan tegang.Dalam bahasa Perancis klasik,perkataan estrece membawa maksud yang sama.Perkataan ini telah digunakan dengan berbagai maksud seperti kesusahan atau kekangan,tetapi dalam kurun ke 18,perkataan ini membawa erti “daya’.sebarang percubaan untuk mengatasi daya ini membawa kepada strain iaitu perubahan yang berlaku dalam objek yang menghadapi daya ini.

Stress juga boleh diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi seseorang individu terhadap tekanan.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.

Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan
1.1 Definisi Stress.

Stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku padanya.Kejadian stress biasanya dikaitkan dengan ketidakupayaan seseorang itu untuk menerima atau menyeimbangkan tuntutan perubahan yang berlaku akibat peristiwa tersebut.

Stress boleh dilihat secara positif dan stress positif turut dikenali sebagai Eustres.Eustres dianggap baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan.namun demikian stress yang negative atau distress akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan fizikal,mental dan perlakuan individu.Distres yang berpanjangan akan menghakis tenaga individu dan mendatang kan masalah yang serius.

Menurut Miller dan Chat (1989) stress ialah merupakan ketidakmampuan untuk bertindak secukupnya bagi menghadapi bebanan emosi atau psikologi yang berlebihan. Ianya boleh menjdai burnout iaitu keadaan emosi atau fizikal yang lesu dimana kerja sudah tidak mempunyai makna lagi.

Smither (1994) menakrifkan stress sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang.
Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya.
Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.
Rumusan definisi di atas ialah stress ialah reaksi psikologi dan fizikal kepada diri seseorang bila ia tidak boleh menyeimbangkan antara tugas atau tanggungjawabnya dengan kemampuan menyelesaikan tugas itu.



1.2 Kajian-kajian Terdahulu Mengenai Stress.

Mengikut kajian, tekanan atau stress ini sebenarnya dialami dan dibawa ketika kanak-kanak lagi. Stress yang berterusan akan membentuk perwatakan kanak-kanak itu sehingga watak itu menjadi kebiasaan dalam otaknya dan akan membesar menjadi remaja atau orang dewasa yang bermasalah. Orang seperti ini mungkin cerdik dan berjaya di dalam akademiknya, banyak ilmu tetapi sering rasa terancam. Mereka mungkin memegang peranan penting di tempat kerja sama ada dalam kerajaan, dalam korporat tetapi sikap negatif biasanya akan mengawal keputusannya setiap hari dan dengan itu mengawal hidupnya. Orang-orang ini sentiasa mementingkan dirinya, sombong, bongkak dan biasanya menganggap dia sahajalah yang pandai atau betul, orang lain salah atau bodoh. Perangai seperti ini tentu sekali akan membawa keburukan kepads dirinya dan orang lain yang berdamping rapat dengannya di tempat kerja.

Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam hubungan sesama manusia. Dapat dikatakan bahawa stress boleh juga menjadi pemangkin untuk seseorang pekerja itu bergerak dan bermotivasi untuk bekerja. Namun stress berpotensi membawa keburukan bilamana seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress yang tidak membina.
Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang membawa keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala ini perlu dibendung supaya tidak sampai ke tahap yang lebih teruk seperti tahap psikosis.

Bagi Mc Grath (1970), jika punca stress dapat dikenalpasti ia akan dapat diurus lebih berkesan oleh organisasi mahu pun pentadbir itu sendiri serta kepuasan bekerja akan dapat dipertingkatkan.

Ismail Alias (2004) pula berpendapat, stress juga mengakibatkan prestasi jatuh kecelaruan Berfikir dan ada keinginan untuk membunuh diri.Sebab itulah ianya dianggap Sebagai “Pembunuh Senyap”.
Hans Selye salah seorang saintis yang telah mengkaji fenomena stress menyatakan bahawa stress adalah asam garam kehidupan “stress is the spice of life”

Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian.



Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.

Dalam kajian ini, beberapa dapatan umum berkaitan dengan keseronokan bekerja sebagai guru, tahap tekanan guru dan pandangan responden tentang kebolehan diri menangani tekanan berbanding dengan rakan-rakan sejawat telah diperolehi daripada analisis data yang dijalankan.

Secara keseluruhan, 19.5% daripada responden mengatakan mereka seronok setiap masa dan 38.0% lagi mengatakan mereka kerapkali seronok dengan kerja guru. Hanya seorang atau 0.5% responden mengatakan tidak langsung seronok dengan kerja guru.
Dari segi tekanan guru, 4.4% responden merasa tidak ada langsung tertekan, 25.2% responden merasa sedikit tertekan, 49.0% responden merasa sederhana tertekan, dan sejumlah 21.3% responden merasa sangat tertekan dan amat sangat tertekan. Ini bermaksud lebih dua pertiga atau 70.3% responden merasakan profesion guru sederhana tertekan dan melebihi tahap sederhana tertekan. Taburan tahap tekanan guru digambarkan di dalam Jadual 5 (rujuk lampiran).







2 JENIS-JENIS DAN KATEGORI STRESS

Stress merangkumi segala aspek gerak balas mental dan fizikal terhadap perubahan dalam kehidupan seseorang individu.Charles (2000) mengklasifikasikan stress kepada 4 jenis yang utama :

A) Stress yang dijangkakan (anticipatory stress)
Stress ini biasanya berkaitan dengan sesuatu yang telah dianggarkan akan berlaku.Lazimnya individu akan lebih bersedia dan membuat perancangan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kejadian yang menyebabkan stress begini.

B) Stress situasi (situational stress)
Ianya stress yang berlaku secara tiba-tiba akibat kejadian tertentu yang tidak dijangka dan memerlukan anda untuk menghadapinya dengan segera.

C) Stress yang kronik
Stress ini lebih merupakan stress yang berlarutan untuk masa yang panjang.Mungkin terjadi akibat kejadian buruk atau pengalaman yang sukar untuk diterima.

D) Stress berbaki (residual stress)
Stress akibat dari peristiwa lampau yang sukar dilupakan.ianya mewakili ketidakupayaan atau ketidaksediaan seseorang untuk melupakan kenangan silam yang pahit.






2.1 Petanda stress

A. Perasaan
Seseorang yang telah mengalami stress biasanya dia adalah orang yang cepat marah. Apabila dalam keadaan biasa (tiada stress) individu terbabit boleh mengawal keadaan apabila berlaku keadaan yang tidak menyenangkan. Bila sahaja masalah besar yang boleh menerbitkan stress melanda individu akan menjadi cepat marah. Dia juga cepat mengalami perasaan cemas dan bimbang bila menghadapi sesuatu perkara. Dadanya akan terasa berdebar-debar dan perasaan bimbang yang tidak tentu arah. Seseorang yang mengalami stress juga terasa dirinya cepat letih dan tidak bermotivasi. Dia juga mudah terkejut bila mendapat sesuatu berita. Amat bahaya jika individu memang sudah ada penyakit lemah jantung yang boleh membawa maut. Mereka ini juga akan berasa cepat bosan serta hilang minat untuk bekerja dan juga cepat berputus asa sekiranya apa yand dilakukannya gagal. Mereka ini juga sukar ketawa bila bersembang dengan rakan-rakan sekerja dan tak bergembira apabila mendapat sesuatu berita yang baik. Kadang-kadang keadaan ini membawa sikap sugul yang boleh mengakibatkan kerosakan pada otak.

B. Fikiran
Seseorang yang mengalami stress juga biasanya fikirannya bercelaru. Fikirannya kacau-bilau dan bila ianya berlaku akan menyebabkan dia tidak dapat berfikiran secara rasional dan cepat keliru bila mendapat sesuatu arahan. Apabila menghadiri mesyuarat, seminar dan sebagainya, mereka ini kurang memberi tumpuan. Jika pelajar akan mengakibatkan tidak menumpukan pada pelajaran. Bagi pekerja pula tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasnya. Stress juga mengakibatkan seseorang itu amat takut pada kegagalan dan menjadi mudah lupa bila diberikan sesuatu tugas. Mereka ini juga sukar membuat keputusan bila diberi tanggungjawab.



C. Tingkah laku.
Tanda-tanda stress juga dapat dilihat pada seseorang individu itu terutamanya tentang tingkah lakunya yang lebih cenderung bertindak secara melulu apabila stress berlaku. Mereka ini juga akan kehilangan selera makan atau makan secara berlebihan. Sekiranya pengidap stress itu seorang perokok, tabiat merokoknya juga akan meningkat.
Penggunaan alkohol atau ubat-ubatan secara berlebihan juga akan dilakukan oleh seseorang itu. Tidur mereka juga sering terganggu dan mereka ini juga suka mengasingkan diri. Stress juga akan mengakibatkan seseorang itu akan mengulangi pertanyaan atau percakapan apabila berbual dan juga sering gagal menepati janji.


D. Fizikal
Pengidap stress juga akan sering sakit kepala. Kadang-kadang boleh menyebabkan migran yang melampau. Mereka ini juga akan berasa sakit di ulu hati.dan juga sering mengalami sakit dada serta sering rasa berdebar-debar. Pengidap juga akan berasa dirinya sukar bernafas dan rasa loya yang kerap. Mereka inin juga akan berasa badannya kurang selesa seperti sakit sendi-sendi dan otot. Mulutnya pula kering dan mudah haus. Selain itu, mereka ini juga kerap membuang air kecil dan terasa sakit di bahagian belakang dan pinggang.

Antara petanda stress yang lain ialah :
a) Menghadapi masalah makan dan tidur(b) Menyalahgunaan dadah(c) Kerja bertangguh(d) Masalah membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat seteru, cepat naik angin(g) Tahap kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan(l) Gangguan Kesihatan - Gatal - Selsema - Letih, lesu - Panik - Gelisah - Ulser - Sakit kepala - Serangan jantung

2.2 Peringkat-peringkat stress.

Konsep kendiri,faktor-faktor psikososial,keadaan persekitaran dan faktor-faktor biologi mempunyai pengaruh yang besar terhadap stress seseorang individu. Untuk mendalami kefahaman kita mengenai stress,kita harus memahami beberapa istilah yang penting.Stresor adalah sebarang keadaan fizikal,sosial dan psikologi yang menyebabkan badan kita menyesuaikan diri terhadap keadaan tersebut.Semasa kita cuba menangani masalah stressor ini,tubuh badan seseorang akan menghadapi strain untuk membuat adjustment (penyesuaian).Stress telah diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi terhadap tekanan.Secara am,stress yang merangsang pertumbuhan dan perkembangan individu dikenali sebagai’eustress’,manakala stress yang menyebabkan seseorang kurang senagn dikenali sebagai ‘distress’.

2.2.1 Peringkat-peringkat stress dari segi biologi :

A) Peringkat ‘alarm-reaction’
Ini merupakan peringkat permulaan bagi kejadian stress di mana tubuh badan akan menunjukkan tindakbalas terhadap perubahan yang berlaku dan bersedia untuk melawan semula dan mengatasinya.Lazimnya akan berlaku pelepasan hormone dari kelenjar endoktrin.Antara reaksi-reaksi biologi yang berlaku ialah:
-Sakit perut/ketidakselesaan sistem penghadaman.
- Tercungap-cungap atau bernafas dengan cepat.
- Jantung berdegup kencang.
- Perpeluhan yang berlebihan diikuti bau badan yang bertambah.
- Sakit tengkuk atau sesak dada disebabkan urat yang tegang.
- Pertambahan tenaga akibat peningkatan gula dan lemak dalam salur darah.

B) Peringkat penentangan (resistance stage)
Pada peringkat ini tubuh badan akan cuba untuk kembali semula kepada keadaan asal iaitu kepada imbangan yang normal (homeostasis) setelah tekanan berkurangan.Sistem tubuh akan ditenangkan semula dengan merendahkan semula tekanan darah,degupan jantung,perpeluhan dan menyeimbangkan suhu badan,namun demikian sekiranya punca stress tidak dapat dialihkan maka tubuh badan akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga.

C) Peringkat kepenatan (exhaustion stage)
Sekiranya stress berlarutan untuk jangkamasa yang panjang tanpa diatasi ia akan menyebabkan individu keletihan dari segi fizikal dan mental.Pendedahan berterusan kepada stress akan mengakibatkan individu menghadapi masalah kesihatan.Antaranya ialah:
- kekurangan tenaga dan keletihan yang kronik.
- Kerap sakit kepala dan sakit perut.
- Kerap sakit atau sakit yang berkekalan.
- Ruam
- Kesukaran untuk tidur.
- Mudah tersinggung.
- Sukar untuk menikmati aktiviti rekreasi.
- Rasa bersalah dan tidak berdaya yang berlebihan.
- Sukar/tidak mampu membuat keputusan.
- Pengasingan diri dan hilang minat untuk bergaul.

2.2.2 Peringkat-peringkat stress dari segi fisiologi :

A) Keresahan (anxiety)

Keresahan adalah hasil daripada peringkat pertama berhadapan dengan stress.Keresahan akan dirasai apabila kita merasa diri kita diancam.Tanda-tanda fizikal seperti peningkatan kadar respirasi menyedarkan kita bahawa badan kita mula bertindak terhadap rangsangan itu.

Keresahan yang dirasa adalah hasil daripada perasaan tidak disukai oleh rakan kita,keseorangan atau tidak diterima oleh rakan-rakan.Keadaan ini juga wujud kerana ketidakpastian tentang arah tuju dan tujuan hidup.

Keresahan yang sederhana adalah biasa dalam kehidupan seseorang.Contoh:Keresahan sebelum peperiksaan.Selagi kita dapat mengatasi atau mengawal krisis ini,keresahan akan hilang dan kita dapat mengimbangkan emosi kita.

Apabila kita menghadapi keresahan yang berpanjangan,stress akan berlaku.Ini akan mengganggu fikiran,menyebabkan kelesuan dan membuat kita hilang kenyataan (reality).Keresahan yang berpanjangan juga kan membawa kepada kemurungan (depression).

B) Kemurungan (depression)

Kemurungan adalah tahap akhir dalam reaksi kepada stress.Kita selalu menerangkan kemurungan dengan kekosongan jiwa atau rasa tidak berguna.Individu yang mengalami kemurungan akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan.Perwatakan tidak terurus,kesihatan terganggu,hilang minat kepada perhubungan seks dan kehidupan.Kegagalan dalam menghadapi stress dengan berjaya akan dimanisfestasikan sebagai kelesuan kronik atau kemurungan.Tanda-tanda somatik keadaan ini ialah penyendirian,kehilangan selera,imsonia,penyalahgunaan dadah dan kesakitan tanpa sebab.Tanda-tanda ini adalah keadaan seharian yang biasa sehingga tanda-tanda ini tidak diberi perhatian sebagai tanda-tanda kemurungan.

Terdapat banyak jenis kemurungan,selalunya terjadi apabila seseorang kehilangan orang yang dikasihi dan mereka akan berkabung dengan cara bekerja yang berlebihan,bercakap atau menangis.Berkabung cara ini adalah sihat kerana individu akan meluahkan perasaan yang terpendam.

Kemuringan reaktif dirasai apabila kita kehilangan sesuatu benda yang berharga seperti motosikal.Kemurungan ‘manic’ dicirikan sebagai keadaan kemuringan yang berterusan.Wanita selalunya menghadapi kemurungan selepas bersalin.Kemurungan ‘cyclic’pula adalah kemurungan yang dirasai pada masa-masa tertentu dalam kehidupan seseorang.Contohnya semasa ‘menopause’.’Flash depression’ pula adalah kemurungan apabila kita mengalami kesedihan secara tiba-tiba disebabkan oleh bertengkar dengan rakan-rakan.

Bukan semua kemurungan membawa keburukan.Kemurungan ringan yang membuatkan seseorang itu sedih dan berputus asa tetapi masih berkemampuan adalah sat unsur yang penting dalam perkembangan individu.Dalam keadaan ini kemurungan boleh dianggap satu tindak balas yang sihat dan jika keadaan dapat diatasi maka individu akan berasa segar semula.Pada masa yang sama jika keadaan ini berterusan ia adalah satu petanda yang sesuatu tidak kena pada diri kita.






2.2.3 Peringkat –peringkat stress dari segi psikologi :






























3 PUNCA-PUNCA STRESS

1. Faktor fizikal diri sendiri.
Salah satu sebab ialah jika seseorang itu kurang beriadah atau bersenam. Kekurangan zat makanan boleh juga menyebabkan stress. Masa tidur yang mencukupi perlu untuk mengimbangi stress. Bagi pelajar yang sentiasa bergelumang dengan buku atau kata lain ulat buku adalah terdedah kepada stress untuk takut menemui kegagalan. Pekerja yang terlampau menumpukan perhatian kepada tugasnya juga terdedah kepada stress. Ada pula pekerja yang mengalami tekanan kerana dibebani dengan berbagai tugasan dan arahan dari pihak atasan yang perlu diselesaikan.

Faktor Minda atau psikologi.
Bagi individu yang lemah semangat akan cepat terkejut apabila perkara yang tidak dijangka berlaku seperti kematian dalam keluarga, kemalangan, gagal dalam peperiksaan dan tidak berjaya dalam temuduga.

Faktor Sosial atau alam persekitaran.
Individu yang bermastautin di kawasan bandar yang sibuk dan bising akan mengalami stress. Oleh sebab itu ramai daripada mereka yang ingin berehat di kawasan pedalaman yang tiada kesibukan dan kebisingan.
Bagi yang duduk di kawasan taman perumahan yang tidak mengamalkan sikap kejiranan akan mudah mengalami stress. Di kebanyakan tempat di taman perumahan di kawasan bandar lebih mementingkan diri sendiri. Jadi pergaulan antara masyarakat setempat tidak begitu menyenangkan.


PUNCA – PUNCA STRESS
Keadaan Fizikal
1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.
2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.
Psikologikal
Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :
1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.
2. Memulakan alam rumahtangga.
3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.
4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.
STRESS DI TEMPAT KERJA
Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :
1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.
2. Beban kerja terlampau banyak.
3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.
4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.
5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.
6. Konflik peranan.
7. Kekaburan tugas.
8. Sikap ketua di tempat kerja.
Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:
Personaliti A
Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.
Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.
Personaliti B
Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,
Personaliti Bimbang
Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.
Personaliti Tidak Asertif
Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.

Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda