"BERSAMA CIKGU"

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU TANPA SEMPADAN

12 Desember 2009

SKIM GAJI BERSEPADU UTK GURU IJAZAH

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sedang merangka satu Skim Gaji Bersepadu yang dijangka dapat dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, jika diluluskan, ia bakal memberi skim gaji yang sepatutnya kepada lebih 10,000 orang guru yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) di seluruh negara.

“Mereka ini tidak puas hati, mereka memiliki master (sarjana), Ph.D, tetapi skim yang diterima sama seperti guru ijazah sarjana muda. Mereka tidak mendapat imbuhan tambahan. Jadi akhirnya mereka ambil peluang untuk pergi ke tempat lain.

“Ada yang jadi pensyarah dan sebagainya,” kata Hashim pada sidang media di sini semalam.

Untuk menyediakan cadangan yang terbaik, pandangan pakar dalam bidang berkaitan akan diambil kira selain melihat contoh skim gaji perguruan di negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura yang sesuai untuk diaplikasi di negara ini, jelas beliau.

Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda